February 21, 2017

tenang saja, kamu.




ardh,
melayangnya langkah insan.
meluasnya angan-angan.
menyatukan.
membawa manusia menjadi makhluk yang punya peradaban.

namun, 
ardh juga tempat memusnah.
ia memunah.
harapan yang luas tadi menguncup dalam skop kecil.
kita lebih suka mempertikai skil;
ketuhanan, Tuhan.

jangka hayat kita ini tidak panjang,
semua nyawa yang hidup bakal melayang.
balik-balik ke pencipta semula.
masih lagi kau lupa, ya.

tak pernah jerih.
melawan takdir.
mendamba ihsan dan kasih.
tetap saja sukar hadir.
dalam ibadat sehari-hari.
jadi, begini?
beginikah penghuni ardh yang sebenar?

ciptaannya suci lagi bersih.
yang menghuni, terus berselisih.
berlaku perang,
ramai naik berang.
bermusuhan sesama yang lain.

aduh,
ardh juga yang,
masih sahaja berdiam.
menanti tibanya malam.
pagi datang semula menjelang.
rutin dia, biarkan saja.

sampai masa, Tuhan menyuruhnya kelam.
dia akan patuh,
tidak seperti manusia angkuh.

tenang saja, kamu.
kamu kan insani.



No comments: