February 20, 2017

mati yang tak releven?








ayat,

"mati bila bila."


dah tak relevan. langsung. betul kan? sebab apa? sebab belum kena. cuba kalau dah mati esok baru terfikir yang mati tu tak kena masa dan tempat. cuma beza terfikir lepas mati adalah lambat sebab tak sempat nak muhasabah dah. muhasabah dalam kubur lain cerita tau. ada orang kena tarbiyah dalam kubur dengan cara ganas. ada jugak yang kena tazkirah lembut lembut. begitulah sebaliknya. cuma beza kena tarbiyah dalam kubur, tak boleh berundur.

meraung, menangis boleh. tapi, tak dapat ubah apa apa.

sebab tu, Tuhan bagi kau jalan macam mana tak nak sentap dalam kubur.
caranya banyak.

biar aku bagi sikit.

kau boleh ubah. ubah cara hidup, ubah cara fikir, ubah amalan harian kau. contoh, baca quran. baca quran kalau sehari satu muka surat tu dah biasa, apa kata sehari satu surah atau satu juzuk kasi habis. lepas dah okay, cuba setiap kali lepas solat tu, baca satu surah. cuba buat. lepas kau dah istiqamah, kau rasa sayang nak tinggal amalan kau yang kau duk tawaduk buat tu. benar belaka benda ni. syaratnya kau buat, rasa dan alami sendiri.

jangan sibuk buat dosa. sudah lah sehari kita sibuk dengan belajar, kerja dan sebagainya. kenapa kita masih nak sibukkan diri dengan dosa. contoh, couple. sehari tak call tak sah. rasa macam dunia gelap bila tak bersua muka. ye ke dunia gelap? bukan hati?

amalkan sunnah rasulullah. tak semua buat, satu pun boleh. contoh, makan pakai tangan, guna tangan kanan, baca doa sebelum makan. itu pun dah lebih. tapi nak cakaplah, dengan semua sunnah yang kita buat, kalau niat kerana Dia. pahala beb. Tuhan tak lokek. buktinya, kau masih bernafas. cuba inhale exhale jap.
eh, banyak lagi lah sebenarnya jalan yang Dia bagi dekat kita untuk apa? untuk selamatkan kita dari azab kuburNya.

siapa je nak duduk dalam kubur yang sempit, bau bacang, penuh binatang berbisa, gelap dan macam macam lagi? kau berani ke nak cuba?

tak nak.

aku tak nak. aku nak kubur aku wangi, bersih, luas dan duduk bersama peneman. eh, siapa pulak nak meneman tu? Al quran. sebab tu kau jangan sombong dengan Al quran. dia lah punca kau bahagia atau derita dekat sana.

berbalik pada ayat "mati bila bila." yang 'langsung' dah tak releven tu.

aku nak cakap.

bahaya kalau kau fikir macam tu. yalah, kita manusia. maksud manusia tu sendiri lupa. kau senang lalai, senang tak ingat akan segala perkara yang kau buat dekat dunia ni.
senang sangat tergoda, terhasut dengan hasutan syaitan.

bukan kau je. aku pun sama.

sebab tu kita kalau nak buat sesuatu kena fikir balik,


"kalau lepas ni aku mati, taubat aku dah tak releven."


gitu.

fikir balik.

mati. *sengih.

bisa beb.

ingatan ni memang klise. ramai antara kita dah biasa hadap. mungkin ceramah dekat masjid tajuk sama, mungkin mak bapak jenis berleter dengan perkara yang sama, ataupun terbaca dekat insta post benda yang sama. tapi ketahuilah, tak kan Tuhan tunjukkan kau sesuatu, kalau tak bersebab.

adalah sebab tu.

mungkin lepas kau baca ni kau mati?


No comments: