HEI kau yang sudi menerjah ke laman ini. Aku sungguh berterima kasih atas usaha kau dalam membaca ruangan blog aku yang tak berapa nak indah ini. :')
Sudilah kiranya kau menyelak lembaran-lembaran yang lain.
Aku ini manusia kelahiran manusia spesis manusia dan dalam jagaan manusia. Tidak lain tidak bukan hanyalah manusia semata-mata. Aku minat dalam penulisan sejak umurku lewat 15 tahun. Masa tu tahun 2014 mungkin. Itupun selepas bapak aku beli laptop untuk kami sekeluarga. Ya, memang eksited sebab tu aku mula menulis. Nikmat menekan-nekan keyboard. Huhuhu.
Kenapa KEMENTAHAN?
okay, okay. Aku akan bongkar tentang sejarah kementahan.
(saja buat hiasan)
Kementahan ini kata dasarnya ialah 'mentah'. Mentah pula bermaksud; belum masak. So, tepatlah kalau aku kata aku belum matang.
Matang ni banyak jenis, beb. Jenis yang suka aku nak sentuh dari segi pemikiran, cara berpakaian, tindakan apabila bertemu manusia lain dan macam-macam lagilah. Sebab tu wujudnya prakata, "matang bukan pada USIA."
Macam aku, aku dah tua kot. Dah boleh kahwin tapi, tak matang. Jadinya, aku kena lupakan niat nak kahwin tu, sebab aku tak ada periuk nasi sendiri, aku tak ada poket, aku masih meminta khidmat umi aku untuk basuh anak-anak dan lain-lain. Tak matang gila kan?
Lagi teruk, aku ni jenis yang introvet. Aku gila fobia dengan public. Aku benci nak bercakap atau berbual dengan orang yang aku tak kenal. Jadi, macam mana aku dapat kawan? Selalunya kawan aku kebanyakannya banyak cakap. Diorang extrovert. Nampak tak pro dan kontra?
Nak harapkan aku tegur dulu memang tak lah. Aku sanggup diam tak ada kawan sebab malas nak mulakan sesuatu.
Tapi, once kau dah kenal aku, kau akan ketahui yang aku ni jenis banyak cakap. Pikapline tak payah cakap, bersepah. Kawan-kawan aku semua suka dengar lawak nak bodoh aku. Gila, beb aku ni kalau kau dah kenal.
Berbalik pada kementahan, aku ada terbeli satu buku ni tajuk dia, TRAVELOG BUDAK MENTAH By HAFIZUL FAIZ. Bila aku baca, aku suka pulak dengan gelaran menrah tu. Kiranya aku pun sama melalui perkara yang dia lalui. Aku masih mentah dalam memahami dunia ni.
Tu sahaja.
Aku pun teruslah aplikasi nama 'mentah' ni dekat semua medium yang wujud zaman sekarang. Dari blog, sampailah ke instagram, twitter dan lain-lain. Cuma twitter aku dah tak boleh bukak. Sedih, nak. T..T
Hahaha, bila tulis ni dan baca balik, aku rasa tak matang sungguh. Okaylah. Bye.
No comments:
Post a Comment