entah untuk keberapa kalinya aku melepas keluh kesah yang termendap dalam hati. ya, sesak memang rasa. tak berupaya, sudah tentu.
malah, rasa kesal mengenal alam. itu paling aku takuti.
parah.
seharian menghadap perkara yang tidak pasti kebarangkaliannya.
sesekali mengganggu fokusku terhadap amanat tuhan.
sesekali mengganggu fokusku terhadap amanat tuhan.
solatku. qiamullailku, dhuhaku, kelaut china. bukan niat menunjuk amalan. tapi, inilah realiti kehidupan.
sibuk sana, sibuk sini. menjadi asbab berangku timbul tenggelam. acapkali.
aku semakin rakus menebak kata cemuh. aku semakin kejam dengan perasaan.
aku semakin rakus menebak kata cemuh. aku semakin kejam dengan perasaan.
tanganku, terketar ketar saat aku sakit menahan hiba. saat aku lumpuh menghadap godaan syaitan. saat aku tersasar menyeimbang emosi. saat aku merasakan tiada lagi yang aku dapat pertahankan.
sesekali, aku terhantuk dengan tomahan aku sendiri. menyadai rasa bergelora dalam hati. tak mampu melihat kesan hasan dan batil. kesal menyemai dendam. berjuta kali pun perasaan aku terhancur, aku masih aku.
aku cuba melakar senyum berimbun. sukar. sukar mendapati rasa. menyebabkan aku lebih terdorong masam mencuka. penat, lelah semua aku terpaksa hadap. terpaksa tanpa rela.
aku perlukan rehat. aku perlukan masa. aku perlukan seorang pendengar setia. aku inginkan dakapan erat. aku mahukan usapan belaian. aku kepingin semua itu.
namun, asal sahaja aku rasa lelah, rasa mahu beralah. kata kata Faizal muncul memenuhi segenap ruangan fikirku.
aku masih ingat kata kata Faizal itu,
"bukankah tempat rehat yang sebenar itu syurga?"
aku bungkam saat dia berkata begitu. aku jadi malu sendiri. aku terkedu memproses kata katanya.
ahh! aku manusia yang tidak bersyukur. aku si pelampau yang tidak mahu menyandarkan diri pada tuhan yang sentiasa ada. Yang Maha atas segalanya.
padanlah, kehidupan aku selalu diintai musibah.
No comments:
Post a Comment