kisah kau mendapat luka,
tiada siapa yang tahu.
kau sisip kemas segala kecelaruan.
tiada siapa yang tahu.
kau sisip kemas segala kecelaruan.
kau sembunyikan sedalam dalamnya,
tiada yang perasan,
hati kau terobek lengkap.
kau mula menjadi yang lain.
pabila ditanya,
kau mula membohong.
kau terus menipu.
tentang hati dan perasaan.
kau menyakiti batin sendiri.
kau sorok terus sehingga lemah.
kau tidak kisah akan diri kau lagi.
kau tidak kisah akan diri kau lagi.
asal kau tahu,
mereka gembira.
sedih hati kau bersedih.
kau tak ambil peduli.
kau biar sahaja luka menjadi penyakit.
akhirnya,
penyakit kau merebak.
penyakit kau merebak.
tiada ubat.
tiada sapuan manja.
hilai tawa semakin merundum.
muka kau dipenuhi kepucatan lesi.
hidup kau sudah tidak semanis madu.
tawar segalanya.
kau mati dalam jiwa.
No comments:
Post a Comment