Dunia sekarang makin moden. maaakiinnn moden. semua benda yang kau nak, kau boleh tekan-tekan saja atas skrin telefon pintar kau. Apa sahaja yang kau mahu kau boleh dapat dengan hanya 'search' kemahuan kau di google.
Ironi.
Tapi, kau lupa. Ada satu perkara yang kalau kau mintak sampai menangis air mata darah sekalipun kau takkan dapat. Tak ada medium yang mampu perkenankan hajat kau untuk perkara yang satu ni. Walau kau google sekalipun, google sendiri akan kata kau tu gila.
Apa dia?
Nyawa orang yang kau sayang.
Tulah, masa orang tu ada kau sibuk dengan dunia maya. Dari pagi sampai malam kau asyik dengan kawan-kawan dalam facebook. Kawan-kawan dalam twitter dan insta. Kau kecoh dapat kenal dengan individu itu, individu ini. Kau lebih taksub dengan hubungan atas talian. Sedangkan yang wujud depan mata malah boleh dipeluk sayang kau lupakan. Kau biar dia hidup tergantung sepi.
Dia pula, mana tahu dendam. Apa yang kau buat dekat dia, abaikan dia. Dia cuma tunduk lalu berlalu masuk ke dalam bilik. Kata hati dia dia mengatakan yang kau sibuk dengan urusan kau kut.
Dia perlahan-lahan berubah. Dia jadi semakin pendiam. Mulalah dia bercakap seorang diri. Mencipta bahagia sendiri. Semuanya sendiri. Dalam hati dia memberontak mahu keluar jauh agar dia tidak lagi terluka dengan pengabaian yang tak tertanggung tu. Hatinya sakit begitu.
Kau masih lagi leka dengan dunia.
Dia sudah mahu pergi jauh pun kau masih tidak sedar. Hari-hari hatinya menyedapkan diri sendiri, kata
"tak apa, aku masih punyai Tuhan."
itulah kekuatan dia.
Dia masih saja bersabar.
dan kau masih lagi leka.
Sedarlah wahai jiwa yang kian mati. Jangan jadikan maya yang ilusi itu sebuah pendirian. Lupakah kita akhirat itu benar? Kenapa perlu kita taksub dengan dunia semata? Apa sahaja yang dunia mampu berikan kepada kau? Syurga?
Heh.
No comments:
Post a Comment