March 06, 2017

#5


Image result for man in bookstore tumblr


          Malam tu, aku sempat demam. Entah kenapa, mungkin impak petang sebelumnya. Aku hanya penat dan lenguh-lenguh badan akibat sudah berjalan terlalu lama. Banyak tempat yang aku pergi semata-mata mencari barang yang diingini. Akhirnya, aku pergi ke sebuah kedai buku berdekatan rumah.

Pada mulanya, memang aku tak menjangka apa-apa semasa masuk ke dalam kedai buku tersebut kerana niat aku adalah untuk membeli penebuk lubang dan pisau untuk sekolah. Tak, aku memang dah habis sekolah tapi aku kena ganti barang-barang keceriaan kelas yang aku duduk pegang sejak tingkatan satu sampai habis sekolah. Ya, dan aku sempat guna semua benda tu. Jadi, bila jadi begini aku pun tanya kawan-kawan, macam mana nak buat dengan barang tu dan akhirnya kami bersetuju untuk sedekahkan sahaja barang-barang tersebut dekat kelas yang terlibat. Yalah, aku dah banyak kali pakai. So, kenalah ganti baru.

Semasa melangkah masuk, jujur hati aku tidak terdetik apa-apa hatta sedikit pun bahawa aku bakal bertemu seseorang yang aku sudah lama lupakan.

Aku berpusing kesana kemari mencari barang-barang yang ditarget sejak dari rumah. Aku mulai masuk ke rak keempat yang menempatkan barang-barang seperti dwipelekat, sticky note dan paling penting penebuk lubang. Usai, aku mencari pisau.

Semasa aku mahu keluar membebaskan diri dari penghalang iaini rak-rak tersebut, aku ke arah timbunan buku untuk melihat-lihat kerana ia sungguh menarik minat aku. Namun, seolah-olah merasakan diri diperhati dari suatu sudut aku pun segera menoleh.

'Iman.'

Aku mengalihkan tentangan pandang aku dengan dia secara segera. Aku kira sudah lama aku diperhatikan. Sumpah, aku tak perasan langsung yang dia ada di situ, malah dia juga merupakan pekerja di kedai buku ini. Aku jadi penasaran. Sudah agak lama kiranya aku tidak bertemu dengan dia.

Iman yang aku mulai kenal di suatu tempat sebelum aku masuk ke medan peperiksaan akhir di zaman sekolah. Iman yang banyak menempel kesan dalam hidup aku. dia yang memijak kaki aku (mungkin), dia yang entah. Banyak lagi benda yang aku tak mahu ingat tentang dia dan aku sudah lama lupakan. Bagi aku Iman tidak penting kerana hati aku lagi penting. Tambahan pula, sahabatku sendiri meminati Iman mana mungkin aku mahu merampas kebahagiaannya. Aku bukan begitu.

Aku terus mahu pergi sebelum timbunan buku yang aku belek-belek tadi terjatuh dan menyembah bumi.

'Ah, Tuhan kenapa aku?'

Aku memandang sebelah kanan, tiada siapa yang menjatuhkan buku-buku tersebut.

'Aku kah?'

Tanpa menunggu lama, aku terus merendahkan diri dan mahu mengutip semua buku-buku tersebut dan secara tiba-tiba lagi, sepasang tangan turut membantu. Aku tidak memandang gerangan tersebut kerana aku tahu itu Iman.

Aku mahu mengutip semuanya, namun dihalang Iman.

"takpe-takpe." katanya.

Okay, buat pertama kali, aku mendengar suaranya dalam jarak yang dekat itu. Aku mula tak keruan. Aku hanya melihat dia mengutip sebahagian lagi buku-buku yang berselerakan.

"Terima kasih..."

Aku kurang pasti sama ada dia mendengar atau tidak kerana aku rasa kotak suaraku menghalang bunyi daripada keluar. Aku sempat melihat belakangnya lalu aku segera pergi ke kaunter pembayaran. Entah, aku jadi malu. Aku malu dengan dia kerana melihat kekalutan seorang aku.

Ya, aku jarang tenang sekiranya berhadapan dengan seseorang yang 'sesuatu'.

Aku mahu balik. Itu sahaja yang melintas di ruang fikirku.

Ah, aku tahu Tuhan temukan aku dan dia untuk menguji samada cinta aku kepada Dia atau dia yang lebih agung dan aku tahu jawapannya.


No comments: