June 12, 2017

Buat Para Makmum yang Suka Syiok Sendiri.

Image result for wallpaper kubah masjid

Assalamualaikum, w.b.t

Hai, makmum?

Ahhaha...kenapa aku bagi tajuk macam tu? Okay, sebenarnya ada sebab kenapa aku nak kupas tentang tajuk yang aku rasa sesuai lah juga dengan situasi yang aku hadapi ni. Di samping, bulan Ramadan yang sedang berlangsung ni kan. 

Begini. Siapa pergi terawikh bulan Ramadan ni? 

Tak kisahlah kan. Benda ni berlaku semasa kita solat jemaah. Kerap kot. Makmum yang suka syiok sendiri.

Imam kata,
"Assowwu sufufakum, wa'tadilu." - "Lurus dan rapat-rapatkan saf."

Tapi apa yang makmum buat? Hanya beberapa ketul saja yang bergerak memenuhkan ruang kosong saf. Ada juga yang tunggu orang lain penuhkan sebab dia nak dapat tempat paling hujung. Yang macam ni aku fahamlah. Mungkin dia nak duduk tahiyat akhir senang. Tak adalah terdudukkan kaki makmum sebelah.

Tapi, yang jenis suka bagi ruang sejengkal antara makmum sebelah ni yang aku tak faham. Kenapa? Bergaduh dengan makmum sebelah ke macam mana?

Betullah.

Bukan aku seorang yang alami benda ni. Ramai. Siap ada yang buat komik dengan niat nak menegur kesilapan satu sama lain. Inilah hakikat kehidupan kita. 

Tahu tak, kesian jemaah belakang sebab saf terputus saat kau menjarakkan diri dari makmum sebelah kau. Dah kenapa?

Aduhh, tak berapa nak faham ni.

Cuba bagi aku beberapa sebab kenapa. 

Inilah dia makmum yang suka syiok sendiri tu. 

May 13, 2017

Hari Ibu

 Image result for mother's day    Ibu tak dapat apa-apa ucapan dari anak-anaknya. Seolah-olah dirinya tidak dihargai untuk sepanjang masa ibu menjaga dan menyayangi anak-anaknya itu. Ibu tidak minta untuk diberikan penghargaan besar-besar seperti rumah, kereta, tiket ke mekah hatta kek sekalipun. Ibu hanya mahukan anak-anak ibu beri ucapan itu kepada ibu. Ibu manusia biasa juga. Ingin rasa dihargai dan dikasihi.

Sepanjang seharian hari ibu mendapat sambutan di media sosial. Rakan-rakan media ibu ramai memuat naik gambar anak-anak mereka memberi kad, membuat kejutan dan macam-macam lagi. Hati ibu terganggu. Mana anak-anak ibu? Mana dia ucapan yang sering dihadiahkan semasa anak-anak ibu masih bersekolah dulu? Ibu rindu ucapan itu. Ibu tidak pasti kenapa anak-anak ibu diam sahaja dan hanya buat tidak tahu dengan hari ibu yang berlangsung hari ini. 

Ibu duduk menilik telefon bimbitnya lagi. Terlampau banyak ucapan hari ibu. Tidak kurang juga, ada para ibu lain yang mengucapkan hari itu kepada ibu. Semua dibalas bersahaja dan sedikit sebanyak ibu tersenyum juga. Saat senyuman hampir menyentuh telinga, senyumannya mati kembali. Masih kecewa dengan sikap anak-anak yang mengabaikan hari itu. Tidak! Dia tidak boleh kecewa. Itu anak-anak yang dia sayang. Bahaya sekiranya dia berasa kecewa begitu kerana anak-anak mungkin akan jadi anak derhaka kerana hal kecil itu.

Itulah ibu. Disebalik pelbagai perasaan yang ibu pendam, ibu bertahan dari terlepas kata dan mengeluh. Ibu sedar, bukan semua yang ibu inginkan akan ibu dapat. Anak-anak ibu sudah besar dan mereka tidak banyak masa untuk sentiasa bersama ibu, tapi ibu masih bersyukur kerana anak-anak ibu pandai menjaga kebajikan ibu. Anak-anak ibu masih tahu hormatkan ibu. Walaupun anak-anak ibu bukannya rajin sentiasa, ibu nampak kegigihan anak-anak ibu untuk menjaga hati ibu daripada membebel dan marah-marah untuk perkara kecil sebegitu. 

Ya. 

Ucapan hari ibu bukanlah kayu ukur dan bukti kesayangan anak-anak ibu ke atas ibu. Ibu akan malu jikalau ibu hanya mendambakan satu-satu perkara itu dan berfikir buruk tentang anak-anak ibu tetapi sebenarnya anak-anak ibulah yang menghantar ibu ke syurga dengan doa anak-anak ibu yang tak pernah lekang dari bibir. Ibu juga bersyukur anak-anak ibu tidak hipokrit dengan ibu. Anak-anak ibu tidak pernah melakukan sesuatu hanya untuk mendapat pujian daripada ibu. Pujian yang keluar dari ibu kerana anak-anak ibu belanja ibu makan sempena hari ibu. Namun, hakikatnya anak-anak ibu cuma bermuka-muka untuk sehari. Nauzubillah ya Allah.

Ibu sayang anak-anak ibu. Biarlah kamu tidak ucapkan hari ibu kepada ibu yang penting kamu tahu cara menghormati ibu. Barulah ibu tahu apa perasaan ayah kamu diabai begini. Ibu pun kadang-kadang terlepas pandang tentang hari bapa. Ibu hanya biar sahaja ayah begitu tanpa ucapan selamat hari bapa kepada ayah. Mungkin Tuhan mahu ibu rasa apa yang orang lain rasa. Ibu tahu ibu tak layak untuk diagung-agungkan sebagai ibu kerana ibu pun ada kalanya leka dengan amanah ibu. Ibu leka dengan media sosial dan bisnes ibu. Ibu minta maaf anak-anak dan ayah.

Mungkin juga, inilah kifarah untuk setiap perbuatan ibu.

Ibu minta maaf lagi sekali, sayang. 

May 10, 2017

akhirnya aku pergi jua.

Seakan terpaksa aku mengurung rasa
mengunci segala harapan aku dari kau
membuat aku tidak rela dengannya
menjadikan aku lemah tanpa cinta.

kau adalah sebuah anganan
kau juga sebuah kenangan
aku pernah rasa mahukan kita bersama semula
aku tidak kuat dengan segala yang berlaku ini
bila kau tidak lagi di sisi.

Pabila aku sudah bangkit esoknya
aku sedar yang cinta tidak bisa dipaksa
akhirnya aku pergi jua
membawa sejuta harapan punah
untuk dilupuskan dan digaul bersama sampah-sampah
yang pernah aku sayang juga satu masa lalu.

aku rasa bebas namun kepalaku masih saja tentang kau
kau hadir tanpa bicara
buat aku bingung
kau kah yang tidak mahu berpisah?

tidak, aku mahu teruskan pemergian ini
anggap saja kau sudah lepaskan aku pergi.

May 09, 2017

# 6



Kalau kau sebut kau tak kedekut, Kalau kau tak sebut kau kedekut.

Aku melangkah ke dapur untuk membuat jus. Beberapa buah yang baru dibeli ayahku semalam aku keluarkan dari peti sejuk. Aku mengupas kulit epal dan lobak. Setelah itu, aku potong dadu buah tersebut. Tujuan aku buat jus ni kalau tekak aku tiba-tiba menggatal nak jamah benda manis ataupun kalau aku haus tapi tak nak minum air suam. Itu lah dia sebabnya. Tapi, pelik jugak. Jarang aku rajin ni.

Sedang aku leka memotong, aku perasan adik kecil aku keluar masuk dapur dari tadi. Dia juga memakai pakaian yang pelik-pelik. Skirt labuh miliknya yang sudah singkat disarung bersama seluar ketat berwarna hitam. Baju pula baju t-shirt berwarna pink lengan panjang dan tak cukup semua benda pelik yang aku nampak, dia ada pakai sehelai kain yang diikat ditengkuk dia. Macam tudung. Otak aku terus cakap yang dia tengah acah-acah jadi superhero. 

"Woi, kau buat apa ni?" tegur aku agak sebal sebab dia tak berhenti-henti keluar masuk dapur. Perasan juga aku dekat tangan dia ada bekas sebesar bekas maggi cup penuh dengan air.

"Hehe." dia gelak.

"Woi, aku bagitahu umi kau main air." aku dah sedia nak letak pisau dan berlari ke ruang tamu semata-mata nak jadi pengadu domba terhebat dalam rumah ni.

"Alaaa, tak yah ah." adik aku merengek. Muka dia tak payah cakap, buruk habis. Dah lah dia ni spesis aku, suka buat muka hodoh-hodoh dekat orang. Aku terkekeh gelak.

"Tak tahan duh, tengok muka kau." aku menyambung gelak lagi. Mesti tertanya-tanya kan, kenapa adik aku pakai maskot heroin bagai lepastu main air semua. Umur dia berapa sebenarnya? Kan?

Dia ni darjah satu. Secara officialnya dia sekolah dekat sekolah rendah aku dulu. Kira aku ni lejen jugaklah sebab nama bapak aku ni unik habis. Jadi cikgu-cikgu dengar nama bapak aku diakhir nama adik aku ni, automatik teringat aku. Oh, adik si fulan ni. Ya, ya kenal sangat ni...budak itu ini. Dulu dia macam ni, macam tu. Aku, biasa ah. Cipta sejarah dengan member baik aka kembar aku yang kalau dia tak datang, aku cakap kat cikgu yang dia teman abang dia gunting rambut masa dulu; tu sebab cikgu-cikgu kenal.

Berbalik pada kisah adik aku ni, dia rupanya tengah main basah-basahkan rambut adik lelaki aku yang form 3 ni. Budak tu tengah terbongkang dekat sofa sambil tivi tengok dia. Ni kisah prank lah ni. Kahkahkah. Terhibur aku gelak.

Walaupun terhibur, aku masih tak lupa yang aku nak buat jus tadi. Sebelum mood aku bertukar jadi pemalas macam anjing laut dekat alaska tu baik aku siapkan cepat. Tapi, tak lama lepas tu aku dengar bunyi menyinga dekat ruang tamu.

"Kau buat apa ni?! Eih, budak kecik. Aku slap tahulah. Habis basah rambut aku. Halamak!" 

Aku menggeleng saja dengar adik lelaki aku tu membebel. Dia kalau dapat bergaduh, stok-stok ayat kilat dia memang berguni-gunilah aku cakap. Aku pun kalah dengan dia. Selalu kalau time-time aku nak kalah tu, aku akan tumbuk muka dia, hempas pintu masuk bilik dan buka buku. Baca dua tiga muka surat tak habis dah tertidur dengan lenanya. Masalah pun hilang tinggal dekat alam mimpi. Tips ni bai. Ambik, ambik.

Aku dah habis potong buah, nak masuk dalam blender. Tengah-tengah aku isi buah dan air dan gula dalam blender tu, adik aku yang darjah satu tadi datang. Mukanya penuh sengihan. Aku syak dia ni tak makan saman. Dah bernanah telinga kena sound tadi pun masih boleh tersengih. 

"Puas dah kacau bangla tu?" tanya aku. Adik aku tu terus tergelak. Aku cuma diam saja, layan dia gelak. 

"Am, Am. Kau cuba jawab ni eh."

"Apa?" tanya aku malas.

"Kalau kau sebut, kau tak kedekut. Kalau kau tak sebut, kau kedekut. Nabi Muhammad...." sudah. Budak ni cakap apa tadi? Dah lah cakap laju serupa kereta api jatuh gaung. Tak cukup dengan tu, pelat-pelat slanga tah apa-apa dia tu pun mampu buat aku terpinga-pinga. Dengan gelak dia tak habis lagi. Lepastu, secara tiba-tiba dan keluar topik habis.

"Nabi Muhammad pesuruh Allah?" aku cuba tebak jawapan. Dia buat muka mengejek depan aku.

"Eiii, salahhhhh....Kau kedekut!" 

"Asal lak?"

"Jawapan dia, Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wasalam. Haaaa..."

'Erk.'

"Yelah. Aku kedekut." dalam hati aku menangis kejap. Budak ni dalam toya-toya dia mampu buat aku terkedu-kedan. Argh, sedihnya kau ni bengap gak. Buat malu dengan budak darjah satu je. Tapi aku tak puas hati jugak.

"Kau salah tu, patutnya kau kena cakap lengkap. Macam ni, Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wasalam. Barulah audience jawab Sallahu 'alaihi wasalam jugak." 

Walaupun aku bengap, aku dapat back up diri aku depan budak darjah satu ni. Dia tahu apa?
Adik aku tu angguk je. Muka macam faham. 

"Audiyen?" tanya dia. Dah agak dah.

"Takde apalah. Dah blah, aku nak blend buah ni." aku terus berlalu ke arah blender diletakkan. Adik aku tu masuk balik dekat dalam untuk sambung permainan dia tadi.

Adik...adik. Inilah antara sikap yang aku suka dekat budak kecil. Innocent, sikap prihatin yang tinggi, kalau marah terus menjerit dan menumbuk. Mana dan nak pendam. Orang suka pendam ni biasanya orang macam kaulah. Kah.

bukan baik sangat.

Normal lah tu. Hidup ni banyak ragam manusia yang kita dapat kenal. Ada yang cakap kasar ada yang lembut sangat, ada yang cakap laju dan yang tak pandai bercakap pun ada. 

Macam aku, korang boleh nampak cara aku menyampaikan sesuatu secara tidak budiman sangat kan? Haah, aku terselesa macam ni. Sebab bila aku lembut-lembut nanti ada yang tergoda susah. Kalau cakap kasar pun ada yang terpanah perasaan suka. Nak buat macam mana, manusia memang macam tu. Aku pun tak pandai nak elak. Jadi, memilih apa yang aku rasa baik untuk aku dan orang lain dah cukup. 

Bukan baik sangat.

Aku nak sentuh satu isu ni. Perihal cakap kasar-kasar.

Okay, isu ni memang aku suka dengar sebab berkait dengan aku dan keluarga dan yang keluar pula dari mulut cikgu kesukaan aku sendiri. Cikgu ni, bak kata member aku macam beriman sikit, stok bicara padu dan ilmu pengetahuan dia luas. Paling penting yang ada dekat dia, dia mampu jadikan kami anak murid remaja dia ni member jugak. Cikgu perempuan yang rare dan suka hiking. Mana nak cari?

Cikgu aku ni tiba-tiba bukak topik isu bercakap kasar dengan keluarga. Dia kata, jangan pelik kalau ada insan lain yang kita jumpa cakap dengan mak ayah dia serupa nak bergaduh. Sebab memang itu gaya diorang. Kita tak boleh nak cakap dia tu derhakalah, tak pandai jaga hati mak ayah sebab cakap kuat-kuat, buat malu dan so on. Tak. Kita siapa nak judge dia dan keluarga dia. 

Mungkin, keluarga dia pun jenis yang cakap kasar dengan atuk nenek dia dulu. Siapa tahu? Dah jadi tabiat turun temurun bak kata orang. 

Setiap orang ada cara dia tersendiri untuk nampak menarik. Macam keluarga ni tadi, suara besar, cakap kasar, gelak terbahak-bahak dan tak segan dengan khalayak yang tengok. Mungkin itu kebahagian diorang? 

Kita jangan cepat nak marah atau melenting. Ke, kau jeles family kau semua hadap telefon dan tak ada masa nak berborak besar? Haa, jangan mengata plis.

Cuba kita tengok sesuatu melalui perspektif berbeza. 

Nilaian kita dengan nilai Tuhan tak sama. Kau apa tahu, entah-entah ibu bapa dia senang macam tu. Sekurang-kurangnya ibu bapa dia tak perlu risau kalau anak-anak dia ada masalah. Sebab biasanya orang bermasalah ni banyak fikir dan banyak diam. Jadi, ibu bapa dia senang nak bezakan anak dia ni okay atau dalam masalah. 

Nak cakap yang tak hormat orang tua dan nampak kurang ajar? Beb, kita kena pandai beza kurang ajar dengan bersembang. 

Keluarga aku pun macam ni. Terlebih gula. Kalau berjumpa memang terbahak-bahak gelak, sembang sampai gegar rumah. Biasalah tu.

Orang cakap, dah terbiasa dengan perkara yang salah. Apa yang salah? Tak salah pun. Asalkan bukan perkataan Ah! yang keluar. Bukan perkataan hina, keji dan terang-terangan menunjukkan kau tengah marah mak ayah kau. Cakap kasar dengan lawan cakap lain.

Ya, mungkin nampak tak manis. 

Cuba bayangkan kalau kami tukar cara kompem awkward. Lepastu, dah tak rapat macam dulu. Mana better?

Alah, senang cerita kau dah besar kau tahu baik dan buruk. Kau boleh beza apa yang terbaik untuk kau dan keluarga dan apa yang akan buat hubungan kau hancur.

Jangan fikir rumit sangat. 

May 04, 2017

ke pwtc naik ktm

aku nak kongsi sikit macam mana nak pergi PWTC naik KTM.

Haritu, aku dari kajang pergi KTM Serdang sebab tempat tu je yang aku selalu pergi. Boleh je nak pergi Bandar Tasik Selatan ke Kajang ke kan. Tapi, suka hati akulah.

Sampai kat sana, aku mintak tiket pergi KTM Putra sebab dah dekat dengan PWTC. Ni ada nasihat, kalau boleh kau rancang betul-betul sebab mamat jual tiket kat situ kerek-kerek. Aku tahulah dia dah bertahun-tahun kerja situ, kompem dia paham trek ktm. Yang bodoh (baca:jahil) dan tak tahu apa-apa ni nanti kena hamun dengan dia. Tu je nak cakap.

Sampai dekat stesen, kau berhenti tu kau terus je ikut orang ramai lalu satu tangga ni.


Image result for ktm putra
kau nampak kan lorong bumbung putih tu? lalu situ. follow je thru jalan berbumbung.


Sampai kau jumpa jambatan gila tinggi warna merah depan kau. Kau panjat jambatan tu dan jalan terus kemudian dekat atas tu pilih lorong kiri. Turun tangga dan kau akan nampak pintu luar PWTC tu. Lek, orang ramai situ. Kau takkan sesat punya. 



Image result for pwtc dari ktm putra
nampak an bangunan merah tu, sebelah dia PWTC.


Aku dah kongsi detail habis ni. Kalau tak faham atau still skeptikal dengan penulisan aku, boleh tanya dekat komen.

Nak balik? Lalu jalan sama kau pergi PWTC.

Beli tiket dan kau kena seberang. kau nak balik Serdang naik KTM Tampin. Kena bijak bawa diri lagi-lagi kau perempuan. Tengok map dan track ktm ni lalu mana. Fahamkan dulu kalau boleh sebelum gerak. 

Dah sampai balik rumah terus jangan lepak. Kahkah.

Tu je nak sembang. Ni tips barai dari aku sebab aku baca blog orang lain pun tak faham gak. Ni apa yang aku fahamlah ye. Pape pm bawah.

May 02, 2017

keciwa tapi tak pernah sedar.

Ehem, kecewa dengan seseorang?

Haha, aku ada rasa tu tapi aku tak sedar pun yang aku kecewa. Aku cuma anggap dia pergi sebab bukan takdir aku dengan dia nak bersama sampai bila-bila. Rasa kecewa tu memang serius aku cakap tak terasa pun. Aku faham dia tu jenis yang memang berkawan dan terus berkawan. Kawan-kawan dia terlampau ramai. Jadi, tak mustahil kalau aku boleh dia lupakan.

Tak kisahlah tu.

Cuma, aku pernah lah berharap dia datang balik dan tegur aku macam mula-mula dia tegur dulu. Sampaikan nak akhiri bualan pun minta izin. Entahlah. Lain benar perangai dia. Aku macam terkejut jugak bila ada manusia yang berbudi bahasa macam tu, Aku jadi tersenyum sendiri.

Kelakar.

Tak pernah jumpa dan cuma kenal dekat alam maya dah senang rapat. Bercerita pasal itulah inilah. Tapi sekejap je semua tu.

Lepas beberapa bulan dah tak bertegur siapa dah. Aku pun ada banyak kawan lain. Ramai lagi yang menegur, jadi rasa macam biasa saja dengan semua yang berlaku tu. Mungkinlah, biasa je. 

Tak tahu apa yang ada dalam hati dia sebenarnya. Mungkin aku ada buat silap dan dia tak suka silap tu. Ataupun mungkin dia malu sebab asyik dia je mulakan perbualan atau aku cuma transit untuk dia buang kebosanan?

Haaahahaha, aku mengaku aku jenis tak pandai nak memulakan sesuatu. Kalau ada orang yang bertanya dan mula berbual aku okay je. Aku layan. Aku jenis terbuka, tapi tak semua benda aku buka. Kadang, aku penat layan kau aku diam je. Aku buat tak tahu lepastu. Kau nak meroyan apa ke, terserah. Tu kalau aku malas lah dan tak ada mood. 

Selalunya manusia yang dapat perangai negatif aku ni manusia yang lagi muda dari aku dan menggedik tahap aku rasa nak menyumpah bila berbual dengan dia. Maaf cakap. Kalau kau dapat aura lain macam masa bercakap dengan aku tu ada lah tu.

Sebab selalunya aku akan lepaskan aura bahagia bila aku berbual dengan orang baru. Aku pun rasa pelik juga kalau perangai ni keluar. Rasa macam over melayan orang pun ada.

*Aku dah mengarut tahap gaban ni.

Berbalik kepada keciwa tapi tak pernah sedar.

Aku tak pasti sama ada rasa ni normal atau pun tak. Sebab kalau kita dalam situasi ditinggalkan begitu mesti ada sekelumit rasa kecewa nak tak nak. Mesti punyalah.

Ataupun, tak sedar yang kita tengah kecewa sebab kita dah terlampau dikecewakan. Sampaikan rasa kecewa sudah tidak kita kenali lagi.

Mungkin.

Dah ah, aku kalau bebel memang melalut. Gerak lu pape pm tepi.


April 30, 2017

tinggal kejap.

Lama aku tak menulis dalam wattpad. Aku rindu nak publish cerpen sebab bagi aku ia satu kepuasan. Tak kisah ada yang membaca atau tak, yang penting aku dapat luah apa yang aku pendam. 

Menulis ni salah satu terapi untuk aku. 

Kalau aku bosan aku akan menulis. Kalau aku sedih aku akan menulis. Kalau aku gembira pun aku akan menulis. Ini yang buat aku puas.

Menulis dapat meluahkan apa yang aku rasa, walaupun aku bukan meluah perasan sebenar pun. Cuma entah macam semangat tiba-tiba naik dan masalah hilang.

Aku ni pemendam setia. 

Jadi, banyak suara-suara dalam kepala yang aku kunci guna mata pena. Senyap sikit.

Kalau tak tu macam bunyi lalat tahu tak. Memekak.

Tapi, lately aku jarang pulak menulis.

Sebab aku kejar dateline sebenarnya. Aku ada colabs dengan seorang ni. Kami nak buat novel remaja yang menceritakan tentang dia ni bermimpi dengan kerap dan hampir kepada realiti. Cita-cita dia nak ubah dunia. 

Aku malas nak spesifik. Aku bagi idea yang nampak klise je dekat sini sebab partner aku tu bukan kenal aku. Nanti aku tulis banyak-banyak dia jadi kenal pulak susah aku.

Kitorang stranger yang tiba-tiba terkenal antara satu sama lain. Hikmah Tuhan kan. 

Sebab ni lah aku tak menulis dekat wattpad. 

Aku tak berhenti. Aku ada je.

Okay, tu jelah.

April 14, 2017

Haqiem Rusli.


HaHaHaqiem Rusli.

Bagi aku, penyanyi ni dah lama wujud dalam industri hiburan. Punya gigih dia mempromosi diri dia, aku nampak. Pertama kali aku dengar suara dia dekat idola kecil, peh meremang bulu roma, beb. Hahah.

Yang aku ingat masa tu aku still darjah-darjah gak ah, lebih kurang sebaya dia je masa tu. Aku punya tunggu depan tivi nak dengar suara dia yang rock2 sikit tu. nyaring dia, memang tak tahu nak cakap.

Image result for haqiem rusli idola kecil

aku ingat time tu dia nyanyi lagu "Kau umpama merpati putih...patah sayapnya di udara..kau umpama.." eh, teryanyi pulak.

haa, lagu OAG-Merpati Putih. favourite band aku dulu kini dan selamanya tu.

Terngiang-ngiang dekat kepala otak aku dengan suara dia ni. Haha, lagi eksited dapat tahu dia ni budak langat rupanya. Budak sungai serai dan nanding. Untunglah kome yang satu sekolah tu. Aku budak batu sembilan je masa tu. 

Lepastu, tahun berganti tahun. Aku dah lama tak dengar cerita dia ni. Takkan lepas menang tempat ke dua diam je kan. Eh, tiba-tiba nampak muka dia dalam rancangan tivi sembilan, Pop Krew. aku masa tu macam, aik menari pulak dah. Haha.

Related image

Masa tu kumpulan Novemboys. Memang layan lah sebab ada si Haq ni disamping pemuda-pemuda lain. Kahkah.

Lepastu, dapat tahu dia masuk mentor pulak. Aku mana layan mentor ni. Paling pun ada grup mentor mentee kat sekolah pun dah buat aku pening. Ok, tahu tak lawak. Masa mentor ni, orang kata suara dia dah berubah. Adalah, sekali aku tunggu sat depan tivi nak dengar suara dia. Haah, memang berubah habis. Tak macam beberapa tahun dulu yang nyaring tu. Suara dia sekarang lagi lelaki gitu. Ramai perempuan kata romantik. Entahlah, aku bukan tahu beza membezakan suara romantik ke, ganas ke ni.

Nah. lepas mentor. Aku duk dengar lagu dekat radio. Ada satu lagu sedap ni. Peh, aku siap search lirik bagai. Memang setiap malam aku tunggu. "Segalanya, segalanya..." Aku fikir Hafiz Suip, rupanya Haqiem Rusli yang nyayi. Terkedu aku jap. Haha, start tu aku dengar sampai muak kau. Sampaikan orang lain suruh aku dengar lagu segalanya segalanya tu, aku buat isyarat, 

"It's okay, No need."

Haa, sebab hampir nak muntah hijau. 

dan setelah itu, heboh isu tutup aurat peminat. Tang ni aku salute, bruh. Bukan senang nak berdakwah kalau kita tak ada follower, lebih-lebih lagi kalau nak dakwah dekat media massa. Kau retis kau mampu bagi pengaruh dekat peminat. Tapi, cara kau mempengaruh tu memang win habis qiem. Kau buka mata orang ramai. Masa nilah, orang ramai sedar yang kita ni bukan setakat berhibur, tapi ada batas. 

Image result for haqiem rusli tutup aurat peminat

Tabik spring aku dekat kau.

Teruskan berdakwah. Iya. 

Sebenarnya aku nak sentuh isu last tu je. Tapi terpaksalah mula dari awal an nak attract pembaca. So, semoga sukses kita semua. 

Tergantung Sepi.


Dunia sekarang makin moden. maaakiinnn moden. semua benda yang kau nak, kau boleh tekan-tekan saja atas skrin telefon pintar kau. Apa sahaja yang kau mahu kau boleh dapat dengan hanya 'search' kemahuan kau di google.

Ironi.

Tapi, kau lupa. Ada satu perkara yang kalau kau mintak sampai menangis air mata darah sekalipun kau takkan dapat. Tak ada medium yang mampu perkenankan hajat kau untuk perkara yang satu ni. Walau kau google sekalipun, google sendiri akan kata kau tu gila.

Apa dia?

Nyawa orang yang kau sayang.

Tulah, masa orang tu ada kau sibuk dengan dunia maya. Dari pagi sampai malam kau asyik dengan kawan-kawan dalam facebook. Kawan-kawan dalam twitter dan insta. Kau kecoh dapat kenal dengan individu itu, individu ini. Kau lebih taksub dengan hubungan atas talian. Sedangkan yang wujud depan mata malah boleh dipeluk sayang kau lupakan. Kau biar dia hidup tergantung sepi.

Dia pula, mana tahu dendam. Apa yang kau buat dekat dia, abaikan dia. Dia cuma tunduk lalu berlalu masuk ke dalam bilik. Kata hati dia dia mengatakan yang kau sibuk dengan urusan kau kut.

Dia perlahan-lahan berubah. Dia jadi semakin pendiam. Mulalah dia bercakap seorang diri. Mencipta bahagia sendiri. Semuanya sendiri. Dalam hati dia memberontak mahu keluar jauh agar dia tidak lagi terluka dengan pengabaian yang tak tertanggung tu. Hatinya sakit begitu.

Kau masih lagi leka dengan dunia.

Dia sudah mahu pergi jauh pun kau masih tidak sedar. Hari-hari hatinya menyedapkan diri sendiri, kata

"tak apa, aku masih punyai Tuhan."

itulah kekuatan dia.

Dia masih saja bersabar.

dan kau masih lagi leka.

Sedarlah wahai jiwa yang kian mati. Jangan jadikan maya yang ilusi itu sebuah pendirian. Lupakah kita akhirat itu benar? Kenapa perlu kita taksub dengan dunia semata? Apa sahaja yang dunia mampu berikan kepada kau? Syurga?

Heh.


April 02, 2017

penat?



Lagi-lagi aku mengeluh. Ah, mengeluh itu untuk orang yang hanya mahu dunianya sempurna tanpa perlu usaha.

Entah kenapa, zaman berganti zaman menakutkan aku. Aku semakin lelah ditengah kemodenan dan keinginan aku.

Jujur, keperluan kita pada zaman ini ibarat sudah menjadi seperti kemahuan yang tidak mampu ditahan lagi pemilikannya. Mana tidaknya, hutang sana-sini. Duitnya makin berkurang. Belum masuk isu mahu sambung belajar. Padanlah, ramai jadi penyangak. Kalau aku yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan pagi tadi punya ini pun ada rasa nak jadi penjenayah yang kaya, apatah lagi yang memang penjenayah itu.

Okay, aku tak faham apa yang aku bicarakan tu.

March 25, 2017

tak seperti dulu.



Image result for gadget in hand



Zaman sekarang, zaman orang sibuk dengan teknologi. Mana-mana sahaja mesti ada telefon bimbit yang melekap pada tangan mereka ni. Tak kisahlah, muda atau tua. Semua sama. Dapat sahaja yang namanya media sosial, hubungan dengan orang terdekat terputus begitu sahaja.

Paling perit, bila yang jenis syiok habis sampai nak toleh kiri kanan pun rasa macam buang masa. Serius.

Aku kurang gemar spesis macam ni.

Apa salahnya kalau bercakap dengan seseorang, sila pandang ke mukanya dan beri perhatian seratus peratus dengan apa yang dia mahu sampaikan.

Macam mak ayah, kalau anak tu rasa nak bercakap dengan anda, sila lah dengar. Jangan ingat kita ni mak ayah mereka, mereka sahaja yang patut hormat kita. Tak. Ibu bapa juga kena hormat anak-anak. Sebabtu, kalau anak-anak mula tidak mengendahkan kita, jangan masa tu nak jerit dekat anak,

"Anak derhaka, tak kenang budi."

Ya, ya. Same goes to child.

Bila mak ayah kau ada depan kau dan kau main telefon sahaja. Mana tak kecil hati diorang? Cubalah ubah atau kawal perangai yang asyik menghadap telefon 24/7 jam tu. Kau memang hidup untuk telefon ke, weh?

Dan, kawan dengan kawan.

Kalau dah berjumpa, lepak semua tapi main telefon...tolonglah. you've got in trouble. Kalau member aku memang dah kena terajang awal-awal. Aku paling pantang bila aku cakap, orang buat pekak buta saja dekat aku. Aku rasa kurang sabar. Lagi-lagi dia abaikan aku sebab telefon. Kamon lah, wei.

Berhentilah.

Jangan disebabkan gajet yang setakat ada memori robot dan tak sampai beberapa tahun storage dah full tu, kau hilang kawan yang boleh selamatkan kau dan tarik kau masuk syurga.

Jangan bila segala nikmat kau nak bersosial dekat internet tu ditarik balik, baru kau nak meroyan cari member2, ahli keluarga kau. Masa tu, dah tak ada manis dalam sesebuah perhubungan. Malah hubungan itu sudah renggang. Apa yang ada masa tu cuma persoalan,

"Kau buat apa main gajet sampai abai saudara seagama kau?"

Wake up, gais.

Aku cakap ini, sebab aku sendiri yang nak ingatkan diri aku. Kalau kau rasa nak terasa ke sentap ke, then buatlah penilaian dan perubahan. Kalau kau tak nak percaya sekalipun, tolong lah faham, orang lain ada yang terkena. Macam aku.

Aku penat berkawan dengan 'robot'

Tak macam dulu, jumpa sembang. Telefon? Orang kaya sesat saja yang pakai telefon masa tu. Kau nak lepak sungai? padang bola? pergilah beb. Pancing ikan? pun boleh. Semua tu boleh buat tanpa ada sebarang gajet dekat tangan. Walau satu tangan pun.

Itulah dulu, namun semua tak seperti dulu dah.

dan paling bahana, gajet ni boleh jadi punca kau masuk neraka dan punca kau masuk syurga. Pandailah kau, nilai diri sendiri.


March 16, 2017

'KABUR'


Hai, assalamualaikum.

Semalam, result SPM keluar. Alhamdulillah aku dapat result tu. Huhu

Tak perlu aku senaraikan subjek dan gred apa yang aku dapat sebab tak gempak pun malah bervariasi. Ya, kenyataan variasi adalah unik. Aku adalah seorang yang unik. Cewah.

Okay, menurut tajuk yang aku letak 'kabur' itu adalah tentang impian aku. Ia kurang jelas kerana kurang yakin pada diri. Sikap ini sepatutnya tak boleh wujud. Kalau bukan kau sendiri yang yakin dengan diri kau, siapa lagi nak yakin? Kamon lah, gais. Ini 2017, keyakinan itu penting.

Kenapa aku kata kabur. Macam korang tahu, aku punya cita-cita nak jadi injiniur beb. Injiniur. Bukan calang-calang gred boleh lepas. Aku punya gred Alhamdulillah boleh lepas kalau aku mohon ni. Cuma, kalau aku seorang saja yang minta kos tu. Okay, tak.

Eh, bersyukur lah dengan apa yang kau dapat. Ada orang tu, tak dapat apa pun. Sijil pun tak dapat sebab gagal subjek wajib lulus. Kau bayangkan? Tapi, down ke dia? Tak. Sebab dia tahu Tuhan tu sentiasa ada. Tuhan tak tidur, beb. Dia sentiasa jaga dan Dia tahu apa yang kau mahu dan idamkan atas dunia ni.

Sudahlah, pergi bangun basuh muka mandi, niat kau nak jadi baru hari ni, belum terlambat.

dah, dah, pergi.


March 14, 2017


Orang sekarang mana baca blog dah. Depa lebih gemar buka twidder, Wattpedeh, fechbuku, instageram dan lain-lain.

Nak tahu sebab apa? ibarat pisang goreng. Yang baru keluar kuali tu yang orang nak. Dah sejuk pandang pun tak.

Ingat lagi zaman blogger-blogger naik? Semua pakat nak buat blog.

Sekarang, tak payah susah-susah kau boleh terbitkan buku terus. Tak pun, bukalah kindle ke, mana-mana web buku online nak membaca. Blog? Entah.

Sebab terlalu ramai orang buat blog. Kau bayangkan kalau sekali sign in sehari, dalam 3 juta orang masuk. Mana tak tenggelamnya blog-blog manusia lain.

Jadi, berbalik semula pada rezeki kau untuk dikenali.

Niatlah yang baik. Jangan sebab nak femes ke apa ke. Niat sebab nak menyampaikan sebab setiap patah yang kau tekan dekat keyboard ke pad ke, dikira tau. Haa.

Okaylah.

March 06, 2017

#5


Image result for man in bookstore tumblr


          Malam tu, aku sempat demam. Entah kenapa, mungkin impak petang sebelumnya. Aku hanya penat dan lenguh-lenguh badan akibat sudah berjalan terlalu lama. Banyak tempat yang aku pergi semata-mata mencari barang yang diingini. Akhirnya, aku pergi ke sebuah kedai buku berdekatan rumah.

Pada mulanya, memang aku tak menjangka apa-apa semasa masuk ke dalam kedai buku tersebut kerana niat aku adalah untuk membeli penebuk lubang dan pisau untuk sekolah. Tak, aku memang dah habis sekolah tapi aku kena ganti barang-barang keceriaan kelas yang aku duduk pegang sejak tingkatan satu sampai habis sekolah. Ya, dan aku sempat guna semua benda tu. Jadi, bila jadi begini aku pun tanya kawan-kawan, macam mana nak buat dengan barang tu dan akhirnya kami bersetuju untuk sedekahkan sahaja barang-barang tersebut dekat kelas yang terlibat. Yalah, aku dah banyak kali pakai. So, kenalah ganti baru.

Semasa melangkah masuk, jujur hati aku tidak terdetik apa-apa hatta sedikit pun bahawa aku bakal bertemu seseorang yang aku sudah lama lupakan.

Aku berpusing kesana kemari mencari barang-barang yang ditarget sejak dari rumah. Aku mulai masuk ke rak keempat yang menempatkan barang-barang seperti dwipelekat, sticky note dan paling penting penebuk lubang. Usai, aku mencari pisau.

Semasa aku mahu keluar membebaskan diri dari penghalang iaini rak-rak tersebut, aku ke arah timbunan buku untuk melihat-lihat kerana ia sungguh menarik minat aku. Namun, seolah-olah merasakan diri diperhati dari suatu sudut aku pun segera menoleh.

'Iman.'

Aku mengalihkan tentangan pandang aku dengan dia secara segera. Aku kira sudah lama aku diperhatikan. Sumpah, aku tak perasan langsung yang dia ada di situ, malah dia juga merupakan pekerja di kedai buku ini. Aku jadi penasaran. Sudah agak lama kiranya aku tidak bertemu dengan dia.

Iman yang aku mulai kenal di suatu tempat sebelum aku masuk ke medan peperiksaan akhir di zaman sekolah. Iman yang banyak menempel kesan dalam hidup aku. dia yang memijak kaki aku (mungkin), dia yang entah. Banyak lagi benda yang aku tak mahu ingat tentang dia dan aku sudah lama lupakan. Bagi aku Iman tidak penting kerana hati aku lagi penting. Tambahan pula, sahabatku sendiri meminati Iman mana mungkin aku mahu merampas kebahagiaannya. Aku bukan begitu.

Aku terus mahu pergi sebelum timbunan buku yang aku belek-belek tadi terjatuh dan menyembah bumi.

'Ah, Tuhan kenapa aku?'

Aku memandang sebelah kanan, tiada siapa yang menjatuhkan buku-buku tersebut.

'Aku kah?'

Tanpa menunggu lama, aku terus merendahkan diri dan mahu mengutip semua buku-buku tersebut dan secara tiba-tiba lagi, sepasang tangan turut membantu. Aku tidak memandang gerangan tersebut kerana aku tahu itu Iman.

Aku mahu mengutip semuanya, namun dihalang Iman.

"takpe-takpe." katanya.

Okay, buat pertama kali, aku mendengar suaranya dalam jarak yang dekat itu. Aku mula tak keruan. Aku hanya melihat dia mengutip sebahagian lagi buku-buku yang berselerakan.

"Terima kasih..."

Aku kurang pasti sama ada dia mendengar atau tidak kerana aku rasa kotak suaraku menghalang bunyi daripada keluar. Aku sempat melihat belakangnya lalu aku segera pergi ke kaunter pembayaran. Entah, aku jadi malu. Aku malu dengan dia kerana melihat kekalutan seorang aku.

Ya, aku jarang tenang sekiranya berhadapan dengan seseorang yang 'sesuatu'.

Aku mahu balik. Itu sahaja yang melintas di ruang fikirku.

Ah, aku tahu Tuhan temukan aku dan dia untuk menguji samada cinta aku kepada Dia atau dia yang lebih agung dan aku tahu jawapannya.


February 26, 2017

Duli Nan Sakral


Hai. Kali ini, aku nak review pulak pasal satu cerita ni. Tajuk dia Duli Nan Sakral. Genre cerita ini dilabelkan sebagai fiksyen sains oleh penulis.





Tajuk Duli Nan Sakral ni aku tak pasti apa maksud dia. Tapi, apa yang aku faham adalah ianya tentang penguasaan minda. Di mana manusia yang berstatus hamba akan dihidangkan dengan kebahagiaan walaupun sekeliling mereka dipenuhi dengan penipuan dan jenayah yang gila, teruk.

Jadi, kehadiran Ana The Poltergeist ni kononnya macam nak ubah baliklah sistem Duli Nan Sakral ni dengan cara mengajak Rasyid menjadi Nabi manakala, si Ana ni jadi Tuhan.

Tak nak banyak cerita, kau klik gambar dan baca sendiri.

Chaw!



Hazril Volume 1


Okay, review pertama aku merupakan karya seorang penulis yang baru tak barulah dalam wattpad. Dia muncul dalam apps ni dalam bulan..emm tak ingat pulak tapi tahun lepas lah yang pasti. *garuk kepala.

Okay okay, terus ke point cerita. Cerita ni genre misteri/thriller dan psiko. Cerita emm, aku tak baca versi baru dia tapi mak aku cakap, yang cerita ni memang psiko. Watak si Hazril ni memang gila.





Baik. Aku nak petik last episod untuk volume 1 ni di mana, isterinya Lili telah dia bunuh dengan cara yang kejam iaitu dengan cara, mengikat kedua tangan dan kaki Lili di katil dan membakar rumah mereka. Masa tu, Lili tengah sarat mengandung anak diorang.

Punca dia bunuh Lili ni sebab Lili menyebabkan si Hazril ni ditangkap polis untuk masa yang tak lama pun.

Okay, aku tak pandai describe banyak-banyak. Korang bacalah cerita ni sendiri. Memang best.

Apa yang pasti author cerita ni yang dikenali sebagai A.H memang pandai menulis. Tiada shortform, tiada bahasa we chat. Kiranya sedap hati membaca tak payah nak marah-marah. Cuma kalau emo sebab Hazril tu mungkinlah.

Selak jugaklah karya beliau yang lain sebab karya-karya dia serius hidup beb!

Chaw!


February 21, 2017

#4



Image result for train to busan tumblr


since cuti dah habis, aku ada benda nak cerita. dalam seminggu tu, aku manjang duduk rumah je. alang alang kawan ajak keluar barulah aku ada daya menyerap tenaga matahari. kalau tak tu, duduk dalam rumah mereputkan diri sajalah.
dalam banyak banyak hari kami pilih hari Rabu sebab tahu harga tiket wayang murah. kami jugak decide nak pergi IOI.
mula kata nak naik teksi lah amende tu, grab car eh.

haa, lastly mak kawan aku,Iz gak yang hantarkan. haha. jimat kos pergi. balik pulak, naik kereta kawan abang aku si Iz 'kuasa dua'. jimat kos balik. tapi, aku tak tahu pulak nama abang dia tu apa. tetiba.
nak buat cerita lah kan, kami semua ni memang datang bawak badan je. duit pun bawak tak banyak. akulah. kawan aku yang acah kaya tu adalah dalam seratus lebih diorang bawak. tengok aku cool je RM 60 bawak jalan kat IOI. kau rasa apa je yang lepas?
so, sampai je kami semua pergi ke tapak wayang. memang niat nak tengok Train to Busan lah kan. sedar jugak umur kami semua bawah 18 tahun. haha. memang tak bawak orang tua pun masa tu. sebab tak rapat pun dengan mana mana senior.
kawan aku punya yakin, dia ambil tiga cerita, dua cerita 18+ lagi satu umum. takut Train to Busan penuh je. sebab tu pilih sampai tiga. aku pada mulanya memanglah cuak. tapi, melihat keyakinan kawan kawan aku ni, rasa akur tu kuat. lepas pilih tiga cerita, aku dan lagi dua orang kawan aku beratur nak beli tiket. aku pun tak faham, asal nak beratur sampai ramai sangat.
sampai dekat kaunter aku terdiam. hahaha, tak tahu nak cakap apa. jujur, aku tak suka cakap dengan orang. tu lah sebab aku masih awkward dengan manusia manusia dalam dunia ni. nasib baik kawan aku cover. dia cakap nak tengok TTB tulah kan. member kaunter tu pulak tanya, 18+ ke? kitorang iyakan sajalah. dia pun gi caye. mana tak caya, kitorang ramai yang galah, muka matured gitu.
aku hela nafas lega. huh, caya asal bang?
weng weng weng, aku pun beratur nak beli popcorn ngan air.
malas cite panjang.
sekarang nak cerita detik detik menempuh abang penjaga dekat pintu masuk wayang.
"weh, risau pulak aku." kata Iz. tahu pulak kau risau, mula mula buat tak nak fikir. rungut aku dalam hati. sempat tu.
"takpe, Mer, kau cover. cakaplah kau abang ke apa ke." kata Zan kepada aku. weh, gila dia ni. memanglah aku paling tinggi dan 'sado'. semua aku. ish...marah ni. aku dah lah poker face. mana reti berlakon.
"alamak, kalau dia mintak IC?" tanya aku cuak. semua senyap sekejap.
"takpe, takpe. selawat banyak banyak. kalau dia mintak IC bagi jelah." jawab Zan. lawak apa selawat. dah lah buat dosa. biola betul.
aku kemudian ditolak mereka berempat. aduh jahat sungguh. nanti kau kalau tak lepas. empat empat aku tikam.
sampai dekat abang tu, aku bagi semua tiket.
"tunjuk IC boleh tak?" tanya abang tu. aku cam, ahh tak guna. aku sapu tengkuk, reflek kalau aku buat jahat. ceh.
Iz pun bagi IC dia. jujur sajalah.
"aipp, ini 99 ni. mana boleh masuk." kata abang tu.
"ala, bang. beza setahun je bang. boleh lah." pujuk Zan. aku pandang mereka sipi sipi. tak mampu nak berlagak hero sekarang ni.
"haah, dah bayar semua ni. patutnya cek kat depan tadi." kata Iz pula. aduh lah, diorang ni kalau nak tu memang bersungguh betul. masa trial haritu, buat tak nampak, tak sedar langsung nak spm. apa lah. aku pun. bhaha.
"emm, okaylah." jawab abang tu dengan muka macam.
'aku tak nak buat semua ni, tapi aku terpaksa.'
lebih kurang lah.
"ye ke? ohh..terima kasih bang, sayang abang." kata Zan. kami pun apa lagi, masuk macam orang dapat langkah masuk bilik air sebab dah lama tahan kencing.
gelak sebab lepas.
gelak sebab tak sangka.
tapi, aku dan kawan kawan tak sedar ada benda lain yang gelak jugak. 'ia' gelak sebab kami berjaya menipu, berjaya memujuk buat orang rasa BOB (buat orang bersalah).
siapa lagi, watak utama karya GODA ni lah. hmm...
aku serba salah. aku rasa nak menyesal. namun, sesal kemudian tak berguna. dan aku sendiri dah dapat balasan. apa dia?
iaitu, watak hantu tua dalam cerita TTB sendiri mengajar aku untuk jangan buat jahat. kelak kejahatan tu sendiri makan diri kau.
dan, watak utama. bapak budak tu. dia ajar aku bahawa hero lah kau dalam melawan apa apa pun, kau tetap akan kecundang jugak. ini kes berjaya menipu tadi lah ni. aduhh...aih, dah macam jawab soalan pengajaran untuk novel lah pulak. hmm...
apa pun, aku nak cakap. janganlah buat benda b**** ni. jangan cuba cuba. tapi, yang dah pernah cuba tu tahniah. kau dah ada pengalaman berdosa sampai aku rasa kau tak nak dah ulang balik dosa kau. kan kan?
dosa kalau kumpul, banyak nanti. kau nak tanggung ke. perghh...