May 13, 2017

Hari Ibu

 Image result for mother's day    Ibu tak dapat apa-apa ucapan dari anak-anaknya. Seolah-olah dirinya tidak dihargai untuk sepanjang masa ibu menjaga dan menyayangi anak-anaknya itu. Ibu tidak minta untuk diberikan penghargaan besar-besar seperti rumah, kereta, tiket ke mekah hatta kek sekalipun. Ibu hanya mahukan anak-anak ibu beri ucapan itu kepada ibu. Ibu manusia biasa juga. Ingin rasa dihargai dan dikasihi.

Sepanjang seharian hari ibu mendapat sambutan di media sosial. Rakan-rakan media ibu ramai memuat naik gambar anak-anak mereka memberi kad, membuat kejutan dan macam-macam lagi. Hati ibu terganggu. Mana anak-anak ibu? Mana dia ucapan yang sering dihadiahkan semasa anak-anak ibu masih bersekolah dulu? Ibu rindu ucapan itu. Ibu tidak pasti kenapa anak-anak ibu diam sahaja dan hanya buat tidak tahu dengan hari ibu yang berlangsung hari ini. 

Ibu duduk menilik telefon bimbitnya lagi. Terlampau banyak ucapan hari ibu. Tidak kurang juga, ada para ibu lain yang mengucapkan hari itu kepada ibu. Semua dibalas bersahaja dan sedikit sebanyak ibu tersenyum juga. Saat senyuman hampir menyentuh telinga, senyumannya mati kembali. Masih kecewa dengan sikap anak-anak yang mengabaikan hari itu. Tidak! Dia tidak boleh kecewa. Itu anak-anak yang dia sayang. Bahaya sekiranya dia berasa kecewa begitu kerana anak-anak mungkin akan jadi anak derhaka kerana hal kecil itu.

Itulah ibu. Disebalik pelbagai perasaan yang ibu pendam, ibu bertahan dari terlepas kata dan mengeluh. Ibu sedar, bukan semua yang ibu inginkan akan ibu dapat. Anak-anak ibu sudah besar dan mereka tidak banyak masa untuk sentiasa bersama ibu, tapi ibu masih bersyukur kerana anak-anak ibu pandai menjaga kebajikan ibu. Anak-anak ibu masih tahu hormatkan ibu. Walaupun anak-anak ibu bukannya rajin sentiasa, ibu nampak kegigihan anak-anak ibu untuk menjaga hati ibu daripada membebel dan marah-marah untuk perkara kecil sebegitu. 

Ya. 

Ucapan hari ibu bukanlah kayu ukur dan bukti kesayangan anak-anak ibu ke atas ibu. Ibu akan malu jikalau ibu hanya mendambakan satu-satu perkara itu dan berfikir buruk tentang anak-anak ibu tetapi sebenarnya anak-anak ibulah yang menghantar ibu ke syurga dengan doa anak-anak ibu yang tak pernah lekang dari bibir. Ibu juga bersyukur anak-anak ibu tidak hipokrit dengan ibu. Anak-anak ibu tidak pernah melakukan sesuatu hanya untuk mendapat pujian daripada ibu. Pujian yang keluar dari ibu kerana anak-anak ibu belanja ibu makan sempena hari ibu. Namun, hakikatnya anak-anak ibu cuma bermuka-muka untuk sehari. Nauzubillah ya Allah.

Ibu sayang anak-anak ibu. Biarlah kamu tidak ucapkan hari ibu kepada ibu yang penting kamu tahu cara menghormati ibu. Barulah ibu tahu apa perasaan ayah kamu diabai begini. Ibu pun kadang-kadang terlepas pandang tentang hari bapa. Ibu hanya biar sahaja ayah begitu tanpa ucapan selamat hari bapa kepada ayah. Mungkin Tuhan mahu ibu rasa apa yang orang lain rasa. Ibu tahu ibu tak layak untuk diagung-agungkan sebagai ibu kerana ibu pun ada kalanya leka dengan amanah ibu. Ibu leka dengan media sosial dan bisnes ibu. Ibu minta maaf anak-anak dan ayah.

Mungkin juga, inilah kifarah untuk setiap perbuatan ibu.

Ibu minta maaf lagi sekali, sayang. 

May 10, 2017

akhirnya aku pergi jua.

Seakan terpaksa aku mengurung rasa
mengunci segala harapan aku dari kau
membuat aku tidak rela dengannya
menjadikan aku lemah tanpa cinta.

kau adalah sebuah anganan
kau juga sebuah kenangan
aku pernah rasa mahukan kita bersama semula
aku tidak kuat dengan segala yang berlaku ini
bila kau tidak lagi di sisi.

Pabila aku sudah bangkit esoknya
aku sedar yang cinta tidak bisa dipaksa
akhirnya aku pergi jua
membawa sejuta harapan punah
untuk dilupuskan dan digaul bersama sampah-sampah
yang pernah aku sayang juga satu masa lalu.

aku rasa bebas namun kepalaku masih saja tentang kau
kau hadir tanpa bicara
buat aku bingung
kau kah yang tidak mahu berpisah?

tidak, aku mahu teruskan pemergian ini
anggap saja kau sudah lepaskan aku pergi.

May 09, 2017

# 6



Kalau kau sebut kau tak kedekut, Kalau kau tak sebut kau kedekut.

Aku melangkah ke dapur untuk membuat jus. Beberapa buah yang baru dibeli ayahku semalam aku keluarkan dari peti sejuk. Aku mengupas kulit epal dan lobak. Setelah itu, aku potong dadu buah tersebut. Tujuan aku buat jus ni kalau tekak aku tiba-tiba menggatal nak jamah benda manis ataupun kalau aku haus tapi tak nak minum air suam. Itu lah dia sebabnya. Tapi, pelik jugak. Jarang aku rajin ni.

Sedang aku leka memotong, aku perasan adik kecil aku keluar masuk dapur dari tadi. Dia juga memakai pakaian yang pelik-pelik. Skirt labuh miliknya yang sudah singkat disarung bersama seluar ketat berwarna hitam. Baju pula baju t-shirt berwarna pink lengan panjang dan tak cukup semua benda pelik yang aku nampak, dia ada pakai sehelai kain yang diikat ditengkuk dia. Macam tudung. Otak aku terus cakap yang dia tengah acah-acah jadi superhero. 

"Woi, kau buat apa ni?" tegur aku agak sebal sebab dia tak berhenti-henti keluar masuk dapur. Perasan juga aku dekat tangan dia ada bekas sebesar bekas maggi cup penuh dengan air.

"Hehe." dia gelak.

"Woi, aku bagitahu umi kau main air." aku dah sedia nak letak pisau dan berlari ke ruang tamu semata-mata nak jadi pengadu domba terhebat dalam rumah ni.

"Alaaa, tak yah ah." adik aku merengek. Muka dia tak payah cakap, buruk habis. Dah lah dia ni spesis aku, suka buat muka hodoh-hodoh dekat orang. Aku terkekeh gelak.

"Tak tahan duh, tengok muka kau." aku menyambung gelak lagi. Mesti tertanya-tanya kan, kenapa adik aku pakai maskot heroin bagai lepastu main air semua. Umur dia berapa sebenarnya? Kan?

Dia ni darjah satu. Secara officialnya dia sekolah dekat sekolah rendah aku dulu. Kira aku ni lejen jugaklah sebab nama bapak aku ni unik habis. Jadi cikgu-cikgu dengar nama bapak aku diakhir nama adik aku ni, automatik teringat aku. Oh, adik si fulan ni. Ya, ya kenal sangat ni...budak itu ini. Dulu dia macam ni, macam tu. Aku, biasa ah. Cipta sejarah dengan member baik aka kembar aku yang kalau dia tak datang, aku cakap kat cikgu yang dia teman abang dia gunting rambut masa dulu; tu sebab cikgu-cikgu kenal.

Berbalik pada kisah adik aku ni, dia rupanya tengah main basah-basahkan rambut adik lelaki aku yang form 3 ni. Budak tu tengah terbongkang dekat sofa sambil tivi tengok dia. Ni kisah prank lah ni. Kahkahkah. Terhibur aku gelak.

Walaupun terhibur, aku masih tak lupa yang aku nak buat jus tadi. Sebelum mood aku bertukar jadi pemalas macam anjing laut dekat alaska tu baik aku siapkan cepat. Tapi, tak lama lepas tu aku dengar bunyi menyinga dekat ruang tamu.

"Kau buat apa ni?! Eih, budak kecik. Aku slap tahulah. Habis basah rambut aku. Halamak!" 

Aku menggeleng saja dengar adik lelaki aku tu membebel. Dia kalau dapat bergaduh, stok-stok ayat kilat dia memang berguni-gunilah aku cakap. Aku pun kalah dengan dia. Selalu kalau time-time aku nak kalah tu, aku akan tumbuk muka dia, hempas pintu masuk bilik dan buka buku. Baca dua tiga muka surat tak habis dah tertidur dengan lenanya. Masalah pun hilang tinggal dekat alam mimpi. Tips ni bai. Ambik, ambik.

Aku dah habis potong buah, nak masuk dalam blender. Tengah-tengah aku isi buah dan air dan gula dalam blender tu, adik aku yang darjah satu tadi datang. Mukanya penuh sengihan. Aku syak dia ni tak makan saman. Dah bernanah telinga kena sound tadi pun masih boleh tersengih. 

"Puas dah kacau bangla tu?" tanya aku. Adik aku tu terus tergelak. Aku cuma diam saja, layan dia gelak. 

"Am, Am. Kau cuba jawab ni eh."

"Apa?" tanya aku malas.

"Kalau kau sebut, kau tak kedekut. Kalau kau tak sebut, kau kedekut. Nabi Muhammad...." sudah. Budak ni cakap apa tadi? Dah lah cakap laju serupa kereta api jatuh gaung. Tak cukup dengan tu, pelat-pelat slanga tah apa-apa dia tu pun mampu buat aku terpinga-pinga. Dengan gelak dia tak habis lagi. Lepastu, secara tiba-tiba dan keluar topik habis.

"Nabi Muhammad pesuruh Allah?" aku cuba tebak jawapan. Dia buat muka mengejek depan aku.

"Eiii, salahhhhh....Kau kedekut!" 

"Asal lak?"

"Jawapan dia, Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wasalam. Haaaa..."

'Erk.'

"Yelah. Aku kedekut." dalam hati aku menangis kejap. Budak ni dalam toya-toya dia mampu buat aku terkedu-kedan. Argh, sedihnya kau ni bengap gak. Buat malu dengan budak darjah satu je. Tapi aku tak puas hati jugak.

"Kau salah tu, patutnya kau kena cakap lengkap. Macam ni, Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi wasalam. Barulah audience jawab Sallahu 'alaihi wasalam jugak." 

Walaupun aku bengap, aku dapat back up diri aku depan budak darjah satu ni. Dia tahu apa?
Adik aku tu angguk je. Muka macam faham. 

"Audiyen?" tanya dia. Dah agak dah.

"Takde apalah. Dah blah, aku nak blend buah ni." aku terus berlalu ke arah blender diletakkan. Adik aku tu masuk balik dekat dalam untuk sambung permainan dia tadi.

Adik...adik. Inilah antara sikap yang aku suka dekat budak kecil. Innocent, sikap prihatin yang tinggi, kalau marah terus menjerit dan menumbuk. Mana dan nak pendam. Orang suka pendam ni biasanya orang macam kaulah. Kah.

bukan baik sangat.

Normal lah tu. Hidup ni banyak ragam manusia yang kita dapat kenal. Ada yang cakap kasar ada yang lembut sangat, ada yang cakap laju dan yang tak pandai bercakap pun ada. 

Macam aku, korang boleh nampak cara aku menyampaikan sesuatu secara tidak budiman sangat kan? Haah, aku terselesa macam ni. Sebab bila aku lembut-lembut nanti ada yang tergoda susah. Kalau cakap kasar pun ada yang terpanah perasaan suka. Nak buat macam mana, manusia memang macam tu. Aku pun tak pandai nak elak. Jadi, memilih apa yang aku rasa baik untuk aku dan orang lain dah cukup. 

Bukan baik sangat.

Aku nak sentuh satu isu ni. Perihal cakap kasar-kasar.

Okay, isu ni memang aku suka dengar sebab berkait dengan aku dan keluarga dan yang keluar pula dari mulut cikgu kesukaan aku sendiri. Cikgu ni, bak kata member aku macam beriman sikit, stok bicara padu dan ilmu pengetahuan dia luas. Paling penting yang ada dekat dia, dia mampu jadikan kami anak murid remaja dia ni member jugak. Cikgu perempuan yang rare dan suka hiking. Mana nak cari?

Cikgu aku ni tiba-tiba bukak topik isu bercakap kasar dengan keluarga. Dia kata, jangan pelik kalau ada insan lain yang kita jumpa cakap dengan mak ayah dia serupa nak bergaduh. Sebab memang itu gaya diorang. Kita tak boleh nak cakap dia tu derhakalah, tak pandai jaga hati mak ayah sebab cakap kuat-kuat, buat malu dan so on. Tak. Kita siapa nak judge dia dan keluarga dia. 

Mungkin, keluarga dia pun jenis yang cakap kasar dengan atuk nenek dia dulu. Siapa tahu? Dah jadi tabiat turun temurun bak kata orang. 

Setiap orang ada cara dia tersendiri untuk nampak menarik. Macam keluarga ni tadi, suara besar, cakap kasar, gelak terbahak-bahak dan tak segan dengan khalayak yang tengok. Mungkin itu kebahagian diorang? 

Kita jangan cepat nak marah atau melenting. Ke, kau jeles family kau semua hadap telefon dan tak ada masa nak berborak besar? Haa, jangan mengata plis.

Cuba kita tengok sesuatu melalui perspektif berbeza. 

Nilaian kita dengan nilai Tuhan tak sama. Kau apa tahu, entah-entah ibu bapa dia senang macam tu. Sekurang-kurangnya ibu bapa dia tak perlu risau kalau anak-anak dia ada masalah. Sebab biasanya orang bermasalah ni banyak fikir dan banyak diam. Jadi, ibu bapa dia senang nak bezakan anak dia ni okay atau dalam masalah. 

Nak cakap yang tak hormat orang tua dan nampak kurang ajar? Beb, kita kena pandai beza kurang ajar dengan bersembang. 

Keluarga aku pun macam ni. Terlebih gula. Kalau berjumpa memang terbahak-bahak gelak, sembang sampai gegar rumah. Biasalah tu.

Orang cakap, dah terbiasa dengan perkara yang salah. Apa yang salah? Tak salah pun. Asalkan bukan perkataan Ah! yang keluar. Bukan perkataan hina, keji dan terang-terangan menunjukkan kau tengah marah mak ayah kau. Cakap kasar dengan lawan cakap lain.

Ya, mungkin nampak tak manis. 

Cuba bayangkan kalau kami tukar cara kompem awkward. Lepastu, dah tak rapat macam dulu. Mana better?

Alah, senang cerita kau dah besar kau tahu baik dan buruk. Kau boleh beza apa yang terbaik untuk kau dan keluarga dan apa yang akan buat hubungan kau hancur.

Jangan fikir rumit sangat. 

May 04, 2017

ke pwtc naik ktm

aku nak kongsi sikit macam mana nak pergi PWTC naik KTM.

Haritu, aku dari kajang pergi KTM Serdang sebab tempat tu je yang aku selalu pergi. Boleh je nak pergi Bandar Tasik Selatan ke Kajang ke kan. Tapi, suka hati akulah.

Sampai kat sana, aku mintak tiket pergi KTM Putra sebab dah dekat dengan PWTC. Ni ada nasihat, kalau boleh kau rancang betul-betul sebab mamat jual tiket kat situ kerek-kerek. Aku tahulah dia dah bertahun-tahun kerja situ, kompem dia paham trek ktm. Yang bodoh (baca:jahil) dan tak tahu apa-apa ni nanti kena hamun dengan dia. Tu je nak cakap.

Sampai dekat stesen, kau berhenti tu kau terus je ikut orang ramai lalu satu tangga ni.


Image result for ktm putra
kau nampak kan lorong bumbung putih tu? lalu situ. follow je thru jalan berbumbung.


Sampai kau jumpa jambatan gila tinggi warna merah depan kau. Kau panjat jambatan tu dan jalan terus kemudian dekat atas tu pilih lorong kiri. Turun tangga dan kau akan nampak pintu luar PWTC tu. Lek, orang ramai situ. Kau takkan sesat punya. 



Image result for pwtc dari ktm putra
nampak an bangunan merah tu, sebelah dia PWTC.


Aku dah kongsi detail habis ni. Kalau tak faham atau still skeptikal dengan penulisan aku, boleh tanya dekat komen.

Nak balik? Lalu jalan sama kau pergi PWTC.

Beli tiket dan kau kena seberang. kau nak balik Serdang naik KTM Tampin. Kena bijak bawa diri lagi-lagi kau perempuan. Tengok map dan track ktm ni lalu mana. Fahamkan dulu kalau boleh sebelum gerak. 

Dah sampai balik rumah terus jangan lepak. Kahkah.

Tu je nak sembang. Ni tips barai dari aku sebab aku baca blog orang lain pun tak faham gak. Ni apa yang aku fahamlah ye. Pape pm bawah.

May 02, 2017

keciwa tapi tak pernah sedar.

Ehem, kecewa dengan seseorang?

Haha, aku ada rasa tu tapi aku tak sedar pun yang aku kecewa. Aku cuma anggap dia pergi sebab bukan takdir aku dengan dia nak bersama sampai bila-bila. Rasa kecewa tu memang serius aku cakap tak terasa pun. Aku faham dia tu jenis yang memang berkawan dan terus berkawan. Kawan-kawan dia terlampau ramai. Jadi, tak mustahil kalau aku boleh dia lupakan.

Tak kisahlah tu.

Cuma, aku pernah lah berharap dia datang balik dan tegur aku macam mula-mula dia tegur dulu. Sampaikan nak akhiri bualan pun minta izin. Entahlah. Lain benar perangai dia. Aku macam terkejut jugak bila ada manusia yang berbudi bahasa macam tu, Aku jadi tersenyum sendiri.

Kelakar.

Tak pernah jumpa dan cuma kenal dekat alam maya dah senang rapat. Bercerita pasal itulah inilah. Tapi sekejap je semua tu.

Lepas beberapa bulan dah tak bertegur siapa dah. Aku pun ada banyak kawan lain. Ramai lagi yang menegur, jadi rasa macam biasa saja dengan semua yang berlaku tu. Mungkinlah, biasa je. 

Tak tahu apa yang ada dalam hati dia sebenarnya. Mungkin aku ada buat silap dan dia tak suka silap tu. Ataupun mungkin dia malu sebab asyik dia je mulakan perbualan atau aku cuma transit untuk dia buang kebosanan?

Haaahahaha, aku mengaku aku jenis tak pandai nak memulakan sesuatu. Kalau ada orang yang bertanya dan mula berbual aku okay je. Aku layan. Aku jenis terbuka, tapi tak semua benda aku buka. Kadang, aku penat layan kau aku diam je. Aku buat tak tahu lepastu. Kau nak meroyan apa ke, terserah. Tu kalau aku malas lah dan tak ada mood. 

Selalunya manusia yang dapat perangai negatif aku ni manusia yang lagi muda dari aku dan menggedik tahap aku rasa nak menyumpah bila berbual dengan dia. Maaf cakap. Kalau kau dapat aura lain macam masa bercakap dengan aku tu ada lah tu.

Sebab selalunya aku akan lepaskan aura bahagia bila aku berbual dengan orang baru. Aku pun rasa pelik juga kalau perangai ni keluar. Rasa macam over melayan orang pun ada.

*Aku dah mengarut tahap gaban ni.

Berbalik kepada keciwa tapi tak pernah sedar.

Aku tak pasti sama ada rasa ni normal atau pun tak. Sebab kalau kita dalam situasi ditinggalkan begitu mesti ada sekelumit rasa kecewa nak tak nak. Mesti punyalah.

Ataupun, tak sedar yang kita tengah kecewa sebab kita dah terlampau dikecewakan. Sampaikan rasa kecewa sudah tidak kita kenali lagi.

Mungkin.

Dah ah, aku kalau bebel memang melalut. Gerak lu pape pm tepi.