April 30, 2017

tinggal kejap.

Lama aku tak menulis dalam wattpad. Aku rindu nak publish cerpen sebab bagi aku ia satu kepuasan. Tak kisah ada yang membaca atau tak, yang penting aku dapat luah apa yang aku pendam. 

Menulis ni salah satu terapi untuk aku. 

Kalau aku bosan aku akan menulis. Kalau aku sedih aku akan menulis. Kalau aku gembira pun aku akan menulis. Ini yang buat aku puas.

Menulis dapat meluahkan apa yang aku rasa, walaupun aku bukan meluah perasan sebenar pun. Cuma entah macam semangat tiba-tiba naik dan masalah hilang.

Aku ni pemendam setia. 

Jadi, banyak suara-suara dalam kepala yang aku kunci guna mata pena. Senyap sikit.

Kalau tak tu macam bunyi lalat tahu tak. Memekak.

Tapi, lately aku jarang pulak menulis.

Sebab aku kejar dateline sebenarnya. Aku ada colabs dengan seorang ni. Kami nak buat novel remaja yang menceritakan tentang dia ni bermimpi dengan kerap dan hampir kepada realiti. Cita-cita dia nak ubah dunia. 

Aku malas nak spesifik. Aku bagi idea yang nampak klise je dekat sini sebab partner aku tu bukan kenal aku. Nanti aku tulis banyak-banyak dia jadi kenal pulak susah aku.

Kitorang stranger yang tiba-tiba terkenal antara satu sama lain. Hikmah Tuhan kan. 

Sebab ni lah aku tak menulis dekat wattpad. 

Aku tak berhenti. Aku ada je.

Okay, tu jelah.

April 14, 2017

Haqiem Rusli.


HaHaHaqiem Rusli.

Bagi aku, penyanyi ni dah lama wujud dalam industri hiburan. Punya gigih dia mempromosi diri dia, aku nampak. Pertama kali aku dengar suara dia dekat idola kecil, peh meremang bulu roma, beb. Hahah.

Yang aku ingat masa tu aku still darjah-darjah gak ah, lebih kurang sebaya dia je masa tu. Aku punya tunggu depan tivi nak dengar suara dia yang rock2 sikit tu. nyaring dia, memang tak tahu nak cakap.

Image result for haqiem rusli idola kecil

aku ingat time tu dia nyanyi lagu "Kau umpama merpati putih...patah sayapnya di udara..kau umpama.." eh, teryanyi pulak.

haa, lagu OAG-Merpati Putih. favourite band aku dulu kini dan selamanya tu.

Terngiang-ngiang dekat kepala otak aku dengan suara dia ni. Haha, lagi eksited dapat tahu dia ni budak langat rupanya. Budak sungai serai dan nanding. Untunglah kome yang satu sekolah tu. Aku budak batu sembilan je masa tu. 

Lepastu, tahun berganti tahun. Aku dah lama tak dengar cerita dia ni. Takkan lepas menang tempat ke dua diam je kan. Eh, tiba-tiba nampak muka dia dalam rancangan tivi sembilan, Pop Krew. aku masa tu macam, aik menari pulak dah. Haha.

Related image

Masa tu kumpulan Novemboys. Memang layan lah sebab ada si Haq ni disamping pemuda-pemuda lain. Kahkah.

Lepastu, dapat tahu dia masuk mentor pulak. Aku mana layan mentor ni. Paling pun ada grup mentor mentee kat sekolah pun dah buat aku pening. Ok, tahu tak lawak. Masa mentor ni, orang kata suara dia dah berubah. Adalah, sekali aku tunggu sat depan tivi nak dengar suara dia. Haah, memang berubah habis. Tak macam beberapa tahun dulu yang nyaring tu. Suara dia sekarang lagi lelaki gitu. Ramai perempuan kata romantik. Entahlah, aku bukan tahu beza membezakan suara romantik ke, ganas ke ni.

Nah. lepas mentor. Aku duk dengar lagu dekat radio. Ada satu lagu sedap ni. Peh, aku siap search lirik bagai. Memang setiap malam aku tunggu. "Segalanya, segalanya..." Aku fikir Hafiz Suip, rupanya Haqiem Rusli yang nyayi. Terkedu aku jap. Haha, start tu aku dengar sampai muak kau. Sampaikan orang lain suruh aku dengar lagu segalanya segalanya tu, aku buat isyarat, 

"It's okay, No need."

Haa, sebab hampir nak muntah hijau. 

dan setelah itu, heboh isu tutup aurat peminat. Tang ni aku salute, bruh. Bukan senang nak berdakwah kalau kita tak ada follower, lebih-lebih lagi kalau nak dakwah dekat media massa. Kau retis kau mampu bagi pengaruh dekat peminat. Tapi, cara kau mempengaruh tu memang win habis qiem. Kau buka mata orang ramai. Masa nilah, orang ramai sedar yang kita ni bukan setakat berhibur, tapi ada batas. 

Image result for haqiem rusli tutup aurat peminat

Tabik spring aku dekat kau.

Teruskan berdakwah. Iya. 

Sebenarnya aku nak sentuh isu last tu je. Tapi terpaksalah mula dari awal an nak attract pembaca. So, semoga sukses kita semua. 

Tergantung Sepi.


Dunia sekarang makin moden. maaakiinnn moden. semua benda yang kau nak, kau boleh tekan-tekan saja atas skrin telefon pintar kau. Apa sahaja yang kau mahu kau boleh dapat dengan hanya 'search' kemahuan kau di google.

Ironi.

Tapi, kau lupa. Ada satu perkara yang kalau kau mintak sampai menangis air mata darah sekalipun kau takkan dapat. Tak ada medium yang mampu perkenankan hajat kau untuk perkara yang satu ni. Walau kau google sekalipun, google sendiri akan kata kau tu gila.

Apa dia?

Nyawa orang yang kau sayang.

Tulah, masa orang tu ada kau sibuk dengan dunia maya. Dari pagi sampai malam kau asyik dengan kawan-kawan dalam facebook. Kawan-kawan dalam twitter dan insta. Kau kecoh dapat kenal dengan individu itu, individu ini. Kau lebih taksub dengan hubungan atas talian. Sedangkan yang wujud depan mata malah boleh dipeluk sayang kau lupakan. Kau biar dia hidup tergantung sepi.

Dia pula, mana tahu dendam. Apa yang kau buat dekat dia, abaikan dia. Dia cuma tunduk lalu berlalu masuk ke dalam bilik. Kata hati dia dia mengatakan yang kau sibuk dengan urusan kau kut.

Dia perlahan-lahan berubah. Dia jadi semakin pendiam. Mulalah dia bercakap seorang diri. Mencipta bahagia sendiri. Semuanya sendiri. Dalam hati dia memberontak mahu keluar jauh agar dia tidak lagi terluka dengan pengabaian yang tak tertanggung tu. Hatinya sakit begitu.

Kau masih lagi leka dengan dunia.

Dia sudah mahu pergi jauh pun kau masih tidak sedar. Hari-hari hatinya menyedapkan diri sendiri, kata

"tak apa, aku masih punyai Tuhan."

itulah kekuatan dia.

Dia masih saja bersabar.

dan kau masih lagi leka.

Sedarlah wahai jiwa yang kian mati. Jangan jadikan maya yang ilusi itu sebuah pendirian. Lupakah kita akhirat itu benar? Kenapa perlu kita taksub dengan dunia semata? Apa sahaja yang dunia mampu berikan kepada kau? Syurga?

Heh.


April 02, 2017

penat?



Lagi-lagi aku mengeluh. Ah, mengeluh itu untuk orang yang hanya mahu dunianya sempurna tanpa perlu usaha.

Entah kenapa, zaman berganti zaman menakutkan aku. Aku semakin lelah ditengah kemodenan dan keinginan aku.

Jujur, keperluan kita pada zaman ini ibarat sudah menjadi seperti kemahuan yang tidak mampu ditahan lagi pemilikannya. Mana tidaknya, hutang sana-sini. Duitnya makin berkurang. Belum masuk isu mahu sambung belajar. Padanlah, ramai jadi penyangak. Kalau aku yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan pagi tadi punya ini pun ada rasa nak jadi penjenayah yang kaya, apatah lagi yang memang penjenayah itu.

Okay, aku tak faham apa yang aku bicarakan tu.