Assalamualaikum, w.b.t
Hai, makmum?
Ahhaha...kenapa aku bagi tajuk macam tu? Okay, sebenarnya ada sebab kenapa aku nak kupas tentang tajuk yang aku rasa sesuai lah juga dengan situasi yang aku hadapi ni. Di samping, bulan Ramadan yang sedang berlangsung ni kan.
Begini. Siapa pergi terawikh bulan Ramadan ni?
Tak kisahlah kan. Benda ni berlaku semasa kita solat jemaah. Kerap kot. Makmum yang suka syiok sendiri.
Imam kata,
"Assowwu sufufakum, wa'tadilu." - "Lurus dan rapat-rapatkan saf."
Tapi apa yang makmum buat? Hanya beberapa ketul saja yang bergerak memenuhkan ruang kosong saf. Ada juga yang tunggu orang lain penuhkan sebab dia nak dapat tempat paling hujung. Yang macam ni aku fahamlah. Mungkin dia nak duduk tahiyat akhir senang. Tak adalah terdudukkan kaki makmum sebelah.
Tapi, yang jenis suka bagi ruang sejengkal antara makmum sebelah ni yang aku tak faham. Kenapa? Bergaduh dengan makmum sebelah ke macam mana?
Betullah.
Bukan aku seorang yang alami benda ni. Ramai. Siap ada yang buat komik dengan niat nak menegur kesilapan satu sama lain. Inilah hakikat kehidupan kita.
Tahu tak, kesian jemaah belakang sebab saf terputus saat kau menjarakkan diri dari makmum sebelah kau. Dah kenapa?
Aduhh, tak berapa nak faham ni.
Cuba bagi aku beberapa sebab kenapa.
Inilah dia makmum yang suka syiok sendiri tu.